37 individu dikompaun langgar SOP

Antara individu yang dikompaun kerana melanggar SOP dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya pada Jumaat.
Antara individu yang dikompaun kerana melanggar SOP dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 37 individu dikenakan kompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua individu yang berusia 20 hingga 56 tahun itu sedang leka berhibur dan minum arak di dalam bilik karaoke di premis berkenaan.

"Kesemua individu itu telah dikompaun sebanyak RM1,000 di bawah Seksyen 13 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (No.9) 2020," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Nik Ezanee berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pengurus premis iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun gagal mengemukakan lesen pusat hiburan yang sah serta tidak mempunyai lesen menjual minuman keras.

"Lelaki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kita turut merampas 23 botol arak pelbagai jenama, peralatan audio, enam keping resit dan wang tunai berjumlah RM4,250," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Artikel Berkaitan: