X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa banjir di Johor berkurangan 1,276

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat mangsa banjir yamg ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Taman Kota Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Rabu. - Foto ihsan Royal Press Office (RPO)
A
A

JOHOR BAHRU - Johor terus mencatatkan penurunan angka mangsa banjir yang kini berjumlah 1,276 orang daripada 329 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 1,422 orang daripada 363 keluarga setakat jam 8 pagi.

"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup iaitu Balairaya Kampung Perpat di Kota Tinggi pada jam 10 pagi manakala sebuah PPS lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Aris Bendahara, Kluang pada jam 10.30 pagi.

"Kini hanya tinggal 14 PPS masih dibuka di lima daerah iaitu di Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menyediakan bekalan makanan secukupnya di semua PPS.

"Seperti semua sedia maklum, kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Johor Bahru Dan Batu Pahat.

"Jadi saya ingin mengingatkan semua supaya pihak agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan termasuk di PPS," katanya.

Selain itu katanya, orang ramai perlu menjauhkan diri daripada banjir dan berpindah segera ke PPS selepas diarahkan berbuat demikian.

"Kita juga perlu menjaga kesihatan ketika berada di PPS untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit," katanya lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!