Vaksin Covid-19: Rujuk pakar bukan tok bomoh

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

MARANG – Kekeliruan mengenai suntikan vaksin sebagai pencegahan Covid-19 boleh dirungkai dengan merujuk kepada individu yang pakar dalam bidang itu, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, masyarakat tidak seharusnya mengambil maklumat dan kefahaman tentang vaksin Covid-19 secara semberono daripada sumber tidak sahih atau pihak yang tidak berkelayakan.

“Orang yang bercakap itu (kumpulan menolak vaksin) dia ahli dalam bidang itu atau tidak?

“Kalau hendak tanya tentang vaksin kena tanya ahli perubatan dan pakar dalam bidang ini, jangan tanya tok bomoh atau pun NGO (badan bukan kerajaan) yang berkait hal lain,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kumpulan antivaksin yang menolak vaksin Covid-19 ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha secara dalam talian di Masjid Rusila pada Jumaat.

Menurut Abdul Hadi yang merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, agama Islam sendiri menganjurkan umatnya supaya melakukan pencegahan sebagai ikhtiar kepada kawalan penyakit.

“Dalam Islam mesti dilakukan pencegahan. Bahkan dalam keadaan darurat mengikut hukum Islam benda yang najis pun dibenarkan dalam syarat.

“Kerana dalam keadaan darurat kita oleh rujuk kepada pakar dan menggunakan kadar yang berpatutan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan antivaksin tolak vaksin Covid-19

6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM