Hazem keberatan sahkan bon dijana untuk raih untung secara jenayah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencadangkan bahawa sebuah bank pelaburan Amerika membantu syarikat dana kekayaan berdaulat itu mengumpul berbilion dolar hasil jualan bon dalam "konspirasi canggih” yang disasar bagi meraih keuntungan dengan cara jenayah.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, 47, bagaimanapun agak keberatan untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas dalam perbicaraan pada Rabu.

“Saya percaya begitulah,” kata Mohd Hazem, saksi pendakwaan ke-10 yang kelihatan ragu-ragu untuk bersetuju dengan cadangan Mohammad Shafee bahawa konspirasi dilakukan oleh “orang dalam” 1MDB, salah seorang adalah ahli perniagaan yang sedang dicari polis, Low Taek Jho atau Jho Low, dengan bantuan bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib adalah 'showrunner' 1MDB

Muhammad Shafee kemudiannya merujuk saksi itu kepada satu resolusi pekeliling pengarah (DCR) 1MDB yang ditanda tanga oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat Azmi Tahir.

Muhammad Shafee: Saya mahu tahu, apa yang akan saya tanya mungkin juga satu pendedahan, berhubung konspirasi bagi menipu 1MDB, iaitu bagi mendapatkan keuntungan dengan cara yang salah. Jumlah perolehan agregat adalah maksimum RM2.75 bilion, tetapi bon yang diperoleh adalah AS$1.75 bilion (sekitar RM5 bilion pada waktu itu) yang bermaksud kita ada RM5 bilion dalam tangan untuk perolehan pada RM2.75 bilion, yakni hampir dua kali ganda dari jumlah itu.

Mohd Hazem: Ya.

Muhammad Shafee: Sebagai orang yang mempunyai latar belakang kewangan, selepas membaca semua dokumen yang ada, bolehkan anda berikan satu sebab mengapa satu bilion lagi adalah perlu.

Artikel Berkaitan:

Mohd Hazem: Pada pandangan saya, ia tidak perlu.

Dalam isu lain, Muhammad Shafee menampilkan satu lagi DCR yang berkaitan dengan bon yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy Langat (1MEL) yang ditanda tangan oleh seorang lagi CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Azmi.

Dokumen itu dengan jelas mengatakan bahawa 1MDB adalah satu-satunya penjamin, tanpa menyebut International Petroleum Investment Co (IPIC) sebagai penjamin, walaupun ada pernyataan lisan antara petugas 1MDB bahawa ia memang sebenarnya.

Untuk respons kepada perkara itu, Mohd Hazem berkata, beliau tidak sedar IPIC tidak menjadi penjamin (kepada bon itu) pada waktu berkenaan, dan menambah beliau hanya sedar mengenainya semasa pemeriksaan balas semasa.

Muhammad Shafee berkata, Azmi seharusnya tahu bahawa IPIC bukanlah penjamin, dan menjelaskan bahawa Shahrol Azral telah membuat kenyataan yang “meragukan” bahawa terdapat “jaminan secara tidak langsung (dari IPIC)”.

Mohd Hazem: Saya rasa ada jaminan secara tidak langsung, tapi saya tidak tahu strukturnya. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, bond itu tidak dapat dijana kecuali IPIC adalah penjamin.

Muhammad Shafee: Jadi boleh jadi ada jaminan secara tidak langsung, tapi anda tidak tahu mekanismanya.

Mohd Hazem: Yes.

Susulan soalan selanjutnya oleh peguam, Mohd Hazem bersetuju bahawa adalah tidak normal bagi 1MEL meminta supaya surat-suratnya dihantar kepada pejabatnya di Hong Kong dan bukannya di pejabat Malaysia.

Merujuk kepada satu dokumen pihak pembelaan, Muhammad Shafee berkata, 1MEL telah meminta Falcon Private Bank yang berpengkalan di Zurich untuk menghantar semua surat-surat ke pejabatnya di Hong Kong, dan beliau bertanya kepada saksi sekiranya dia tahu mengapa 1MEL berbuat demikian.

Saksi menjawab, dia tidak boleh memberi sebarang komen kerana tidak tahu siapa yang membuat arahan itu, walaupun beliau sendiri adalah salah seorang penandatangan bagi pihak 1MEL.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama