Terbukti Anwar miliki cukup sokongan: AMK

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Pendedahan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa secara jelas membuktikan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki jumlah sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, sokongan itu juga membuktikan Anwar boleh membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri baharu ketika itu.

"Pendedahan oleh Tan Sri Annuar Musa hari ini (Rabu) secara tidak langsung membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki sokongan yang cukup pada ketika itu untuk membentuk kerajaan baharu dan menjadi Perdana Menteri," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Annuar menerusi sidang akhbarnya mendedahkan pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan surat sokongan kepada Anwar bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau mendedahkan perkara berkenaan kerana tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin parti itu.

Dalam pada itu, Annuar turut mengesahkan ketulenan surat sokongan itu yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertarikh 11 Oktober 2020.

"Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak. Ia adalah tulen," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada Anwar

Artikel Berkaitan: