Jepun mungkin isytihar darurat

Yoshihide Suga - Foto AFP
Yoshihide Suga - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada Isnin berkata kerajaan merancang mengisytiharkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada sidang akhbar pertama tahun 2021, Suga turut berkata Jepun merancang memulakan vaksinasi Covid-19 bermula akhir Februari.

Sebelum ini pada April Jepun pernah mengisytiharkan darurat.

Berikutan lonjakan kes baru-baru ini, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan rakan sejawatannya di Chiba, Kanagawa dan Saitama pada Sabtu mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat. - Bernama

Artikel Berkaitan: