Banjir: Itali akan isytihar darurat bencana di Emilia Romagna

Pasukan penyelamat membawa orang ramai ke tempat tinggi sewaktu operasi menyelamat di Forli, Itali selepas banjir melanda wilayah Emilia-Romagna. - Foto Reuters
Pasukan penyelamat membawa orang ramai ke tempat tinggi sewaktu operasi menyelamat di Forli, Itali selepas banjir melanda wilayah Emilia-Romagna. - Foto Reuters
A
A
A

ROME - Kerajaan Itali akan mengisytiharkan darurat bencana di Emilia Romagna pada mesyuarat Kabinet Selasa depan berikutan banjir yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh di wilayah utara itu, kata Menteri Keselamatan Alam Sekitar dan Tenaga, Gilberto Pichetto pada Khamis.

Kerajaan juga akan melaksanakan langkah kecemasan awal yang diumumkan pada Rabu, termasuk pembekuan gadai janji dan kutipan cukai, Agensi Berita Itali (ANSA) memetik menteri itu sebagai berkata di Rai Radio 1.

Pada Selasa dan Rabu, Emilia Romagna dilanda gelombang hujan lebat baharu yang dikaitkan dengan krisis iklim, menerima hujan sehingga 500 mm - separuh daripada purata hujan tahunan - turun dalam masa 36 jam di sesetengah tempat.

Beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan apabila banjir berlaku di banyak kawasan perumahan dan sekurang-kurangnya 4,000 orang terjejas.

Pada Khamis, 50,000 orang penduduk dilaporkan terputus bekalan elektrik. - Bernama