Khalid Ibrahim tiada dalam senarai calon: Tok Mat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada dalam senarai calon PRK Semenyih.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada dalam senarai calon PRK Semenyih.
A
A
A

SHAH ALAM - Nama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada dalam senarai calon yang sedang dipertimbangkan BN untuk PRK Semenyih.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini.

“Saya tak ada pula menerima nama Tan Sri Khalid, cuma daripada media sosial saja,” katanya kepada media selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas spekulasi Abdul Khalid akan menjadi calon BN seperti tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:

Khalid Ibrahim taruhan BN, bakal berdepan situasi sukar

Spekulasi Khalid calon BN hanya provokasi

Menurut Mohamad, setakat ini beliau menerima banyak pencalonan daripada pelbagai pihak dan turut mengambil cadangan dari luar Umno.

Artikel Berkaitan:

Namun, katanya, kriteria utama calon BN dalam PRK Semenyih ialah individu itu boleh diterima oleh pengundi setempat.

“Maknanya calon tersebut mesti orang yang dikenali. Sebab susah juga jika kita nak perkenalkan calon ‘brand new’.

“Selain itu, calon yang ada masalah memang kita takkan senarai pendek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin isu saman melibatkan Pas dan Sarawak Report tidak akan menjejaskan BN dalam PRK Semenyih walaupun kedua-dua parti itu saling bekerjasama.

“Saya tak fikir ia akan beri kesan kepada BN kerana isu itu merupakan isu Pas dengan Sarawak Report. Tetapi kita dukacita dalam keadaan sebegini nampak sangat isu ini digunakan untuk PRK,” katanya.