Polis nafi Empangan Sibol pecah

Video klip tular di media sosial kononnya Empangan Sibol pecah.
Video klip tular di media sosial kononnya Empangan Sibol pecah.
A
A
A

KOTA TINGGI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menafikan Empangan Sibol di sini pecah seperti yang sedang tular dalam media sosial ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, video yang tular itu adalah lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B.

"Semakan pihak kami mendapati berita yang ditular menyatakan Empangan Sibol pecah adalah tidak benar.

"Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ini adalah lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Video klip berdurasi 18 saat yang tular itu memaparkan arus air melalui sebuah jambatan besi sehingga roboh, sekali gus menjadikan kawasan kebun kelapa sawit tersebut terputus hubungan.

Sementara itu, Hussin berkata, anggota dari Balai Polis Bandar Tenggara turun ke lokasi kolam takungan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

"Kita mendapati tiada jalan raya yang dinaiki air akibat limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B jauh dari jalan raya," katanya.

Artikel Berkaitan: