X

Kindly register in order to view this article
!

Pengguna LPT2 dinasihatkan rancang perjalanan

Jalan di Kilometer 198 LPT, di antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Gambang ditutup pada kedua-dua arah akibat banjir.
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengguna kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) diminta merancang perjalanan dengan sebaiknya berikutan jalan di Kilometer 198 LPT, di antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Gambang ditutup pada kedua-dua arah akibat banjir.

Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim berkata, semua laluan di LPT2 antara Kuala Terengganu dan Jabor masih boleh digunakan.

Beliau berkata, orang ramai di berada di laluan tersebut juga disarankan berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang disediakan.

“Ketika ini, semua laluan LPT2 masih boleh digunakan, bagaimanapun oleh kerana LPT2 bersambung dengan LPT, pelanggan yang telah memasuki LPT2 digesa supaya berhenti di R&R yang disediakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Pelbagai kemudahan disediakan di R&R seperti Perasing, Paka dan lain-lain untuk keselesaan pengguna. Antara kemudahan itu adalah gerai makan, tandas awam, surau serta kawasan meletak kenderaan yang luas dan mencukupi sebelum pelanggan menyambung semula perjalanan mereka selepas banjir di LPT surut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Roszi berkata, pengguna kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Terengganu atau Kelantan disarankan supaya berhenti seketika di R&R Temerloh di LPT sebelum menyambung perjalanan mereka.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya mendapatkan maklumat keadaan trafik termasuk perkembangan banjir terkini menerusi laman Facebook LPT2.

“Orang ramai juga boleh hubungi LPT2Line di talian 1800-88-0220 atau talian bantuan LPT di 1700-81-8700, twitter LPTTrafik atau laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KM198 LPT1 dinaiki air, laluan ditutup kepada semua kenderaan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!