DBKL serbu penjaja Rohingya

Azman (tiga, dari kiri) memeriksa barangan milik peniaga Rohingya yang ditinggalkan.
Azman (tiga, dari kiri) memeriksa barangan milik peniaga Rohingya yang ditinggalkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kehadiran penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan operasi dua kali setiap hari sejak September lalu tidak diendahkan penjaja warga asing di Pasar Harian Selayang.

Mereka tetap degil dan meneruskan perniagaan seperti biasa meskipun hampir setiap hari jualan sayur diangkut penguatkuasa.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, isu peniaga Rohingya tiada kesudahan dan sering dibangkitkan umum.

Van yang dijadikan tempat simpanan jualan penjaja Rohingya ditunda DBKL.
Van yang dijadikan tempat simpanan jualan penjaja Rohingya ditunda DBKL.

Menurutnya, meskipun berdepan pelbagai kritikan dan pandangan negatif masyarakat berhubung permasalahan itu, namun DBKL tetap meneruskan tugas penuh amanah.

"Dalam Ops Tunda dijalankan semalam, sebanyak lapan kenderaan tersadai yang ada antaranya dijadikan tempat simpanan jualan penjaja di Pasar Harian Selayang diangkut.

"Pada malamnya pula, tujuh lagi kenderaan di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur ditunda ke Depoh Taman Connaught atas kesalahan sama," katanya.

Katanya, turut diangkut termasuk peti ais juga kereta-kereta yang dijadikan simpanan sayur dan barangan peniaga itu.

Artikel Berkaitan:

Van yang dijadikan tempat simpanan jualan penjaja Rohingya ditunda DBKL.
Van yang dijadikan tempat simpanan jualan penjaja Rohingya ditunda DBKL.

Jelas beliau, penguatkuasa akan terus menggempur mana-mana lokasi di bawah pemantauan DBKL untuk memastikan tiada penjaja yang berniaga tanpa kebenaran.

"Setiap hari pemeriksaan dan pemantauan akan dijalankan penguatkuasa secara konsisten selain sitaan terhadap penjaja haram sebagai inisiatif menyelesaikan aduan awam berhubung penjaja Rohingya.

"Disebabkan mereka degil maka DBKL lumpuhkan jualan mereka dengan menyita tempat simpanan jualan mereka menerusi Ops Tunda yang dijalankan," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian menerusi laporan Sinar Extra mendedahkan tindakan licik peniaga warga asing yang memonopoli kawasan pasar menimbulkan isu kawalan harga bahan mentah khususnya sayur-sayuran sehingga menjejaskan peniaga tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga asing 'main' harga