Sasar suntikan vaksin Covid-19 kepada 10-15 juta penduduk menjelang April

Di bawah kempen vaksinasi besar-besaran Itali, kumpulan pertama yang akan diberikan vaksin ialah 1.8 juta petugas perubatan termasuk doktor, jururawat, dan kakitangan rumah penjagaan diikuti dengan 4.4 juta warga emas.
Di bawah kempen vaksinasi besar-besaran Itali, kumpulan pertama yang akan diberikan vaksin ialah 1.8 juta petugas perubatan termasuk doktor, jururawat, dan kakitangan rumah penjagaan diikuti dengan 4.4 juta warga emas.
A
A
A

ROM - Itali merancang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada kira-kira 10 hingga 15 juta dari jumlah keseluruhan 60 juta penduduknya menjelang April 2021, kata Perdana Menteri, Giuseppe Conte pada Rabu.

Pada sidang akhbar, Conte berkata, di bawah kempen vaksinasi besar-besaran Itali, kumpulan pertama yang akan diberikan vaksin ialah 1.8 juta petugas perubatan termasuk doktor, jururawat, dan kakitangan rumah penjagaan diikuti dengan 4.4 juta warga emas, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut rancangan vaksinasi yang diluluskan Parlimen pada 2 Disember, antara kumpulan terawal akan disuntik termasuk guru dan penyedia perkhidmatan penting lain, serta banduan dan staf penjara.

Conte berkata, kerajaan tidak mewajibkan suntikan vaksin itu, tetapi sedang meneliti apakah jenis pengenalan khusus untuk diberikan kepada mereka yang sudah mendapat vaksin agar dapat bergerak lebih bebas berbanding yang menolak vaksin.

Kempen vaksinasi bermula di Itali dan Kesatuan Eropah (EU) lain pada 27 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: