X

Kindly register in order to view this article
!

Geng Kecik Benut tumpas

Kenderaan yang dirampas dari Geng Benut Kecik menerusi serbuan di sekitar Simpang Renggam dan Pontian pada Selasa.
A
A

KLUANG - Polis berjaya menumpaskan geng curi kenderaan dikenali Geng Kecik Benut berikutan penahanan dua lelaki yang juga anggota kumpulan itu, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 56 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Simpang Renggam dan Pontian.

“Sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Balai Simpang Renggam membuat pemeriksaan, tangkapan dan rampasan di Taman Midori Simpang Renggam, Rengit Batu Pahat dan Jalan Parit Haji Adnan Parit Sikom Pontian.

Kenderaan yang dirampas dari Geng Benut Kecik menerusi serbuan di sekitar Simpang Renggam dan Pontian pada Selasa.
Kenderaan yang dirampas dari Geng Benut Kecik menerusi serbuan di sekitar Simpang Renggam dan Pontian pada Selasa.

"Dua unit Proton Waja, sebuah lori jenis Isuzu dan sebuah Nissan Cerfiro yang dianggarkan berjumlah melebihi RM100,000 turut dirampas.

"Polis percaya dapat menyelesaikan empat kes kecurian kenderaan yang dilaporkan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Haw Seng berkata, kedua-dua suspek direman hingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!