X

Kindly register in order to view this article
!

Bukti industri halal negara rapuh

ASYRAF WAJDI. FOTO: ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Isu kartel daging import yang hangat diperkatakan ketika ini jelas memperlihatkan wujudnya kerapuhan dan kelompongan dalam industri halal negara.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu perlu diselesaikan secara holistik bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat khususnya orang Islam terhadap produk daging import.

Menurutnya, apa yang berlaku ini seharusnya menjadi pencetus kepada kerajaan terutamanya agensi berkaitan untuk menilai kembali dasar atau tindakan yang dibuat sebelum ini.

"Apa yang berlaku hari ini ia menyerlahkan kerapuhan atau kelompongan atau pun kelemahan fundamental (asas) dalam industri halal kita sebenarnya.

"Sebab itulah untuk pengetahuan waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, waktu itu saya sebagai timbalan menteri (di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita ada mencadangkan untuk diwujudkan satu majlis halal Malaysia.

"Saya ingat lagi, majlis halal ini kerajaan telah luluskan lebih kurang empat sebelum BN jatuh pada 2018. Ia bukan sahaja diluluskan di peringkat Kabinet tapi turut dibentangkan di Majlis Raja-raja. Tapi sekarang ini kita tidak tahu apa statusnya," katanya pada Wacana Sinar Harian edisi ke-220 bertajuk Isu Kartel Daging Import: Korupsi Sampai Jejas Halal? di Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Moderator, Ismail Adnan (kiri) bersama panelis, Datuk Nadzim Johan, Mohd Hafis Khairulah dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Wacana Sinar Edisi ke 220 di Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO: ROSLI TALIB
Moderator, Ismail Adnan (kiri) bersama panelis, Datuk Nadzim Johan, Mohd Hafis Khairulah dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Wacana Sinar Edisi ke 220 di Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO: ROSLI TALIB

Wacana itu turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan usahawan daging import, Mohd Hafis Khairulah, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, masa ini juga menjadi saat terbaik untuk kerajaan menilai semula struktur dan tadbir urus sistem industri halal secara komprehensif.

Katanya, ia termasuklah bagaimana untuk menyelaras semua agensi yang terlibat dalam industri halal Malaysia.

"Bukan sahaja aspek pensijilan, pemeriksaan tetapi juga kawal selia sampailah ke penguatkuasaan.

"Juga paling penting, bagaimana proses kita mendidik dan beri pencerahan kepada rakyat untuk mereka betul-betul fahami aspek halal itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!