Kerajaan tak kompromi cubaan cetus ketegangan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media bersama wakil media Malaysia di Doha pada hari terakhir sempena lawatan rasminya ke Doha hari ini. Foto: Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media bersama wakil media Malaysia di Doha pada hari terakhir sempena lawatan rasminya ke Doha hari ini. Foto: Bernama
A
A
A
DOHA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meminta semua pihak agar tidak menimbulkan sentimen perkauman dan ketegangan di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata sebarang kejadian yang menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda dan kecederaan mesti ditangani segera dan dilenyapkan sama sekali.

“Jangan sekali-kali mengapi-apikan perasaan perkauman dan ketegangan... ini tidak boleh dikompromi langsung,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan rasminya ke Qatar di sini hari ini.

Mengulas mengenai rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor semalam, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu yang menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah.

Dr Wan Azizah meminta semua pihak agar bertenang dan jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan menularkan berita-berita yang tidak sahih.- Bernama

Artikel Berkaitan: