Tiada kenaikan kadar cukai tanah di Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menetapkan tiada kenaikan kadar cukai tanah di negeri ini tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 2 Disember lalu yang bersetuju, remisyen kadar cukai tanah tahun 2021 dikekalkan sebagaimana diputuskan bagi tahun 2020.

"Keputusan remisyen kadar cukai tanah tahun 2021 itu memberi kelegaan dan ruang mencukupi kepada semua pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun 2021," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Untuk rekod, Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2020 mula dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Berdasarkan kadar cukai tanah baharu itu, kadar bagi sektor industri ditetapkan pada RM5 bagi satu meter persegi berbanding hanya 25 sen yang dikenakan sejak 2007 atau selama tempoh 12 tahun yang lalu.

Cukai bagi kediaman, tanah pertanian dan hasil hutan bagi tanah yang berkeluasan empat hektar ke bawah masih kekal pada kadar yang sama sejak tahun 2007.

Artikel Berkaitan: