X

Kindly register in order to view this article
!

Isu air: Pulau Pinang tak akan bayar satu sen kepada Kedah

Ramasamy - Foto fail Bernama
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertegas tidak akan membayar satu sen atau memberi sumbangan kepada Kedah berhubung pengambilan air mentah dari Sungai Muda.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, tiada sebarang rundingan akan dilakukan dengan Kerajaan Negeri Kedah sekiranya hak air Pulau Pinang tidak dihormati.

"Mengapa Pulau Pinang harus membayar kepada Kedah untuk mengambil air dari sisi Sungai Muda dan perjanjian antara negeri sebelum ini jelas menyatakan Pulau Pinang turut mempunyai hak ke atas air itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu air: MB Kedah diminta kurangkan kenyataan provokasi

Caj air mentah: Kedah mahu bayaran bukan sumbangan

Mahkamah penyelesaian terbaik isu air Kedah, Pulau Pinang

Tak wajar Kedah berkorban, Pulau Pinang kaut untung percuma

"Lebih-lebih lagi, konsep hak riparian jelas menyokong hak perairan Pulau Pinang untuk diambil dari sisi Sungai Muda bukannya Pulau Pinang mengambil air dari Kedah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Kerajaan Kedah tetap mahu Pulau Pinang membayar caj air mentah dari kawasan Ulu Muda bukannya hanya diberikan sumbangan.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya telah meletakkan bayaran sebanyak 10 sen bagi satu meter padu, namun bersedia untuk berunding dengan Pulau Pinang.

"Kita hendak bayaran bukan sumbangan. Sumbangan ikut suka bayar berapa duit pun, empat kupang (40 sen), lima kupang (50 sen), kita letakkan satu meter padu 10 sen, kemudian boleh dirunding harga itu.

"Sumbangan ini jika hendak bagi tidak mengapa, tidak mahu bagi pun tidak mengapa tetapi kami mahu bayaran," katanya.

Dalam pertikaian isu air antara Kedah dan Pulau Pinang, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas 'pengorbanan' Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Menurutnya, komitmen Menteri Besar Kedah yang tidak meneroka Ulu Muda yang merupakan kawasan tadahan air penting untuk Kedah dan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, garis tengah Sungai Muda membatasi sempadan antara Kedah dengan Pulau Pinang dan hak air sungai seperti yang disahkan oleh Perlembagaan membenarkan sesebuah negeri menggunakan air jika sumbernya berada dalam batas.

Katanya, konsep hak riparian jelas menyokong hak perairan Pulau Pinang untuk diambil dari sisi Sungai Muda.

"Terdapat preseden undang-undang dan keputusan pengadilan di masa lalu yang secara jelas menetapkan hak negeri atau negara untuk memiliki bahagian sama dari sumber air yang sama.

"Dengan ini, atas dasar apa Muhammad Sanusi menuntut caj air mentah dari Pulau Pinang. Dia tidak mempunyai asas undang-undang atau bahkan Perlembagaan,"katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!