Tindakan tegas menanti individu salah guna lesen

DBKL
DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan tegas terhadap pelesen yang menyalahgunakan atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan hari ini kata, setiap pelesen di sekitar bandar raya ini termasuk Pasar Harian Selayang adalah tertakluk di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pasar (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak menggaji atau membenarkan perniagaan mereka diuruskan oleh warga asing.

"Tindakan penguatkuasaan adalah termasuk sita, membatalkan lesen perniagaan dan menamatkan kontrak perjanjian dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Pelesen juga akan disenarai hitam daripada memohon lesen baharu," katanya.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Jabatan Integriti DBKL sentiasa memantau rapi isu-isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ke atas pihak terlibat.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan tindakan menyenarai hitam pelesen akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing.

Beliau berkata, perbuatan memberi lesen kepada warga asing, bukan sekadar menyalahi undang-undang negara, malah turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan: