Warga Myanmar miliki dadah antara ditahan

Pemeriksaan dijalankan terhadap pengguna motosikal di Jalan Imbi antara 10 lokasi Op Motosikal di ibu negara sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019. Gambar kecil, Zulkefli.
Pemeriksaan dijalankan terhadap pengguna motosikal di Jalan Imbi antara 10 lokasi Op Motosikal di ibu negara sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019. Gambar kecil, Zulkefli.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Motosikal dijalankan di sekitar ibu negara hari ini.

Antara yang ditahan termasuk seorang warga Myanmar didapati memiliki dadah dalam pemeriksaan terhadap pengguna motosikal di Jalan Tun Sambathan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefli Yahya, berkata, lelaki berusia 34 tahun itu merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Sepaket dadah jenis methamphetamine ditemui pada lelaki berkenaan diketika diperiksa. Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Turut ditahan pada pemeriksaan sama, seorang lelaki berusia 43 tahun yang menunggang motosikal curi bersabit kes dilaporkan di IPD Dang Wangi baru-baru ini.

Pemeriksaan dijalankan terhadap pengguna motosikal di Jalan Imbi antara 10 lokasi Op Motosikal di ibu negara sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019.
Pemeriksaan dijalankan terhadap pengguna motosikal di Jalan Imbi antara 10 lokasi Op Motosikal di ibu negara sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019.

“Manakala dua lagi masing-masing di Jalan Raja Chulan membabitkan individu dikehendaki, iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun bersabit kes dadah dan seorang lagi ditahan ketika pemeriksaan di Jalan Raja Laut kerana menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran palsu,” katanya ditemui pada Op Motosikal sempena Op Selamat Tahun Baru Cina 2019 di Jalan Imbi, di sini hari ini.

Operasi bersepadu melibatkan 15 pegawai dan 113 anggota itu bermula jam 5 petang dilakukan serentak di 10 lokasi sekitar itu negara termasuk Jalan Ampang (kedua-dua hala) Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Raja, Jalan Pahang, Jalan Perak.

Artikel Berkaitan:

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Zulkefli berkata, tumpuan terhadap pengguna motosikal dilaksanakan berikutan potensi pelakuan jenayah yang cenderung menggunakan motosikal.

“Motosikal merupakan penyumbang kepada indeks jenayah seperti ragut, kemalangan dan dadah. Lokasi op juga kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Op Selamat Tahun Baharu China 2019 bermula 29 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 9,990 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan.

Kesalahan memandu melebihi had laju mencatatkan kes tertinggi iaitu 4,066 kes diikuti memandu di lorong kecemasan 104 kes.

#KualaLumpur Warga Myanmar miliki dadah antara yang ditahan HIDAYAH HAIROM KUALA LUMPUR - Empat lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Motosikal dijalankan di sekitar ibu negara semalam. Antara yang ditahan termasuk seorang warga Myanmar didapati memiliki dadah dalam pemeriksaan terhadap pengguna motosikal di Jalan Tun Sambathan. Artikel berkaitan : https://www.sinarharian.com.my/article/11584/EDISI/Selangor-KL/Warga-Myanmar-miliki-dadah-antara-ditahan

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, February 6, 2019