Varian Covid-19 baharu terkawal: WHO

WHO mengesahkan varian Covid-19 baharu yang dikesan di Britain dengan kadar penularan lebih tinggi berada dalam keadaan terkawal.
WHO mengesahkan varian Covid-19 baharu yang dikesan di Britain dengan kadar penularan lebih tinggi berada dalam keadaan terkawal.
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Covid-19 baharu yang dikesan di Britain dengan kadar penularan lebih tinggi berada dalam keadaan terkawal.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, varian baharu itu mampu dibendung dengan penggunaan langkah kesihatan sedia ada.

"Kami pernah berdepan situasi lebih teruk (kadar jangkitan), tetapi setiap keadaan berbeza dalam pandemik ini dan kami boleh mengawalnya.

"Situasi ini bukan sesuatu yang di luar kawalan, namun ia tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang sepatutnya," katanya menerusi laporan AFP.

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, sebelum ini mendakwa varian baharu virus ini sukar dikawal atau luar kawalan apabila kadar penularan dikatakan 70 peratus lebih tinggi berbanding varian utama.

Beliau juga memberitahu tindakan yang dilaksanakan kini adalah langkah tepat untuk berdepan penularan virus baharu itu.

"Kita perlu bertindak seperti yang kita pernah lakukan, namun kita perlu berusaha keras untuk memastikan ia dapat dikawal," katanya.

Sebanyak 30 negara menyekat kemasukan pergerakan dari Britain atau Afrika Selatan sehingga virus varian baharu ini dapat dikawal penyebarannya.

Artikel Berkaitan: