2,018 kes baharu, ketiga tertinggi sejak wabak landa negara: KP Kesihatan

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA - Negara merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia, iaitu sebanyak 2,018 kes dengan satu kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara kini mencecah 95,327 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 16,496 kes, manakala jumlah maut akibat pandemik itu setakat ini ialah 438 orang.

"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Selangor masih melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 1,204 kes dengan 1,115 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti Johor (278 kes) dan Sabah (247 kes).

Sementara itu, menurutnya, jumlah sembuh adalah 1,084 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 78,393 kes dan sehingga kini terdapat 109 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: