X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Penjawat awam, pelajar kolej antara ditahan dalam 'private party'

Pihak polis menahan individu yang terlibat dalam 'private party' di sebuah bilik hotel di bandar Batu Pahat, Johor, pada Ahad.
A
A

BATU PAHAT - Seorang kakitangan awam dan pelajar kolej swasta antara 16 individu yang ditahan dalam 'private party' di sebuah bilik hotel di bandar ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menyerbu hotel berkenaan pada jam 3.15 pagi.

"Polis menahan 10 lelaki dan enam wanita termasuk seorang penjawat awam serta pelajar kolej swasta. Mereka adalah warga tempatan berusia dari 17 hingga 34 tahun. Polis turut merampas beberapa pil dipercayai dadah jenis ekstasi dan Erimin 5, sepaket plastik lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati 10 daripada mereka positif dadah, selain siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, sementara itu seramai 15 tangkapan dikompaun RM1,000 mengikut Peraturan 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!