Ingkar PKPD Sungai Seluang, 24 kes ke mahkamah

Kerja-kerja pembukaan laluan dilakukan pada 11.59 tengah malam tadi berikutan penamatan PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim.
Kerja-kerja pembukaan laluan dilakukan pada 11.59 tengah malam tadi berikutan penamatan PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim.
A
A
A

KULIM - Sebanyak 24 kes berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Sungai Seluang dihadapkan ke mahkamah sepanjang perintah itu dikuatkuasakan bermula 27 November sehingga 20 Disember 2020.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, daripada tempoh sama, sebanyak 20 kompaun dikeluarkan sementara 10 tangkapan dilakukan.

Menurutnya, penduduk di daerah Kulim dinasihatkan agar mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun PKPD di kawasan itu ditamatkan pada 11.59 tengah malam tadi.

PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim ditamatkan jam 11.59 malam tadi.
PKPD di Mukim Sungai Seluang, Kulim ditamatkan jam 11.59 malam tadi.

"Penamatan PKPD pada tengah malam ini melibatkan lapan taman perumahan dengan pembukaan laluan yang ditutup sebelum ini," katanya ketika meninjau kerja-kerja pembukaan jalan tengah malam tadi.

Beliau berkata, seramai 10 pegawai dan 50 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam kerja-kerja terbabit.

"Secara keseluruhannya sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan tiada insiden tidak diduga berlaku dan penugasan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penduduk terlibat selain agensi berkaitan yang memberikan kerjasama baik sepanjang penguatkuasaan berlangsung.

Artikel Berkaitan: