Pembantu rumah bot ditemui selamat

Mangsa (memakai topi) dilaporkan hilang di kawasan hutan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir dibawa keluar menaiki bot bomba setelah ditemui selamat kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Ihsan PDRM
Mangsa (memakai topi) dilaporkan hilang di kawasan hutan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir dibawa keluar menaiki bot bomba setelah ditemui selamat kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

HULU TERENGGANU - Pembantu rumah bot yang dikhuatiri hilang lebih 23 jam setelah melarikan diri ke dalam hutan di kawasan air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, di sini, ditemui selamat petang ini.

Mangsa, Mohamad Nadiy Sauti, 21, beralamat di Kampung Temir, Hulu Terengganu dijumpai kira-kira 3.25 petang oleh salah seorang krew rumah bot setelah terlihat mangsa berjalan menuruni bukit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu rumah bot dikhuatiri hilang

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,

Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa dilihat tidak memakai baju, berseluar pendek dan berkaki ayam di belakang tandas jeti Air Terjun Lasir.

"Sebelum itu, krew sebuah rumah bot yang lain sedang makan dan melihat kelibat mangsa berjalan menuruni bukit. Dia terus bergegas ke arah mangsa menggunakan bot laju.

"Mangsa didapati dalam keadaan lapar, ada kesan calar di bahagian lengan serta luka kecil di siku. Krew berkenaan kemudiannya memberi makan nasi dan turut menyapu ubat luka kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata, setelah kelihatan tenang dan dapat berbual-bual, mangsa dibawa keluar daripada Tasik Kenyir dengan bot Bomba dan Penyelamat Malaysia pada jam 4.15 petang.

Artikel Berkaitan:

Mangsa terus dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut dan ekoran penemuan itu operasi mencari dan menyelamat ditutup.