Pembantu rumah bot dikhuatiri hilang

Mangsa yang dikhuatiri hilang
Mangsa yang dikhuatiri hilang
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pembantu rumah bot di Tasik Kenyir dikhuatiri hilang, petang semalam, selepas melarikan diri ke dalam hutan di kawasan Air Terjun Lasir, di lokasi rumah bot itu berhenti.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohamad Nadiy Sauti, 21, beralamat di Kampung Temir, Hulu Terengganu dikatakan berbuat demikian setelah dipercayai bertindak mencederakan tangannya sendiri.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 12.03 tengah malam tadi daripada seorang lelaki berusia 37 tahun beralamat di Kampung Pauh, Hulu Terengganu.

"Berdasarkan cerita pengadu, lebih kurang jam 5 petang pada 5 Februari, ketika berada di rumah, dia terima panggilan telefon daripada kawannya bernama Awie memberitahu seorang lelaki bertindak cederakan tangannya sendiri dan melarikan diri ke dalam hutan di kawasan Sungai Lasir, Tasik Kenyir di tempat rumah bot berhenti.

"Awie dan kawan-kawannya cuba mencari mangsa namun tidak berhasil," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa telah dijalankan pasukan penyelamat bermula jam 8 pagi hari ini.

Jumlah kekuatan pegawai dan anggota terlibat dalam Ops SAR ialah 23 orang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (termasuk Polis Marin), Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Empat buah bot digunakan bagi tujuan tersebut dan berdasarkan maklumat diterima pihak polis, mangsa mengalami masalah peribadi.

Artikel Berkaitan: