Masjid Kampung Atas Tol ditutup, jemaah positif Covid-19

Masjid Kampung Atas Tol di Kuala Terengganu diarah tutup selama tiga hari bagi proses sanitasi berikutan terdapat jemaah yang positif Covid-19.
Masjid Kampung Atas Tol di Kuala Terengganu diarah tutup selama tiga hari bagi proses sanitasi berikutan terdapat jemaah yang positif Covid-19.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Masjid Kampung Atas Tol di sini ditutup selama tiga hari berikutan terdapat jemaah yang menunaikan solat di situ positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, penutupan masjid bermula Selasa bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

"Didapati terdapat kes positif Covid-19 yang telah disahkan pada 13 Disember lalu di mana kes ini telah menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut pada 11 Disember lalu.

"Kita ambil langkah menutup selama tiga hari masjid ini untuk melakukan kerja-kerja sanitasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, sehingga Selasa Terengganu merekodkan pertambahan tujuh kes baharu Covid-19 menjadikan terdapat 41 kes Covid-19 aktif di negeri ini setakat ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 278 kes.

Sebanyak 40 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa khusus untuk pesakit Covid-19 di Hospital Hulu Terengganu (38 kes) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) (dua kes), manakala satu kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: