Remaja tular aksi wheelie direman tiga hari

Dua remaja tular lakukan aksi wheelie tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Jumaat.
Dua remaja tular lakukan aksi wheelie tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal yang tular melakukan aksi wheelie beberapa hari lalu direman selama tiga hari sehingga 30 April bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu, Mohammad Fitri Mokhtar pada Jumaat.

Remaja terbabit tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 9.52 pagi untuk permohonan perintah reman.

Sebelum ini, remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial ketika melakukan aksi itu sambil membonceng seorang remaja perempuan.

Bagaimanapun, pembonceng ditolak reman atas alasan hanya sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri diminta tampil menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan menunggang motosikal secara berbahaya.

Remaja berkenaan masing-masing berusia 17 dan 16 tahun kemudian ditahan di Unit 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.