Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri

Anggota tentera memasang pagar kawat berduri di kawasan terlibat di Genting Highlands.
Anggota tentera memasang pagar kawat berduri di kawasan terlibat di Genting Highlands.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks telah merentas dari Selangor ke Genting Highlands.

"Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

"PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut," katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini.

Pada 4 Disember lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: