PRU15: Pas belum buat keputusan guna logo PN

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas hari ini memaklumkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu akan ditentukan apabila tarikh PRU15 diumumkan kelak.

"Bila hujan turun baru kita buka payung. Kita (Pas) akan bertanding dan masih bertanding," katanya ketika ditanya mengenai sama ada parti itu akan bertanding menggunakan logo PN dalam PRU15 nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang ditemui pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketika ditanya mengenai agihan kerusi membabitkan Pas dengan rakan politiknya dalam Muafakat Nasional dan PN pula katanya, perkara itu juga akan dibincangkan apabila tiba masanya.

"Lihat kepada perbincangan kita dengan rakan-rakan dalam Muafakat Nasional dan PN," katanya.

Terdahulu, Pas menjalinkan kerjasamanya dengan UMNO bagi menubuhkan Muafakat Nasional dalam menghadapi PRU15 dan parti itu kemudiannya turut bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk parti dari Sabah dan Sarawak membentuk PN.

Artikel Berkaitan:

UMNO bagaimanapun tidak menyertai PN dan kekal dengan BN serta Muafakat Nasional.