Selepas setahun dibantu, Mohd Hilmi kini mampu berdikari

Steven meluangkan masa menziarahi keluarga Mohd Hilmi - Foto FB Steven Sim
Steven meluangkan masa menziarahi keluarga Mohd Hilmi - Foto FB Steven Sim
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga yang pernah tular di media sosial pada Disember 2024 kerana terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta selepas menjadi mangsa penipuan kini berjaya bangkit dan menjalani kehidupan baharu hasil usaha sendiri.

Kisah Mohd Hilmi Nordin, 37, itu dikongsikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang sebelum ini pernah menghulurkan bantuan awal kepadanya.

Mohd Hilmi menerima kunjungan Steven selepas setahun bangkit daripada kehidupan gelandangan. Foto FB Steven Sim
Mohd Hilmi menerima kunjungan Steven selepas setahun bangkit daripada kehidupan gelandangan. Foto FB Steven Sim

Steven berkata, beliau menerima mesej ucapan Selamat Hari Natal dan jemputan daripada Mohd Hilmi sebelum menziarahinya, setahun selepas dibantu keluar daripada kehidupan gelandangan.

"Hilmi sambut saya di depan pintu, terus peluk dan ucapkan terima kasih.

"Lelaki yang setahun lalu saya temui sedang duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta usang bersama isteri dan lima anak kecil, hari ini berdiri di depan rumah sendiri dengan senyuman dan keyakinan.

"Sekarang Hilmi ada kerja tetap sebagai pemandu lori. Gaji agak lumayan, cukup untuk sara keluarga. Dia bangga tunjuk slip gaji bulanan lebih RM5,000," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Mohd Hilmi menunjukkan slip gaji kepada Steven ketika Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menziarahi keluarga berkenaan. Foto FB Steven Sim
Mohd Hilmi menunjukkan slip gaji kepada Steven ketika Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menziarahi keluarga berkenaan. Foto FB Steven Sim

Sebelum ini, keperitan tujuh sekeluarga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, yang membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat Mohd Hilmi.

Dalam pada itu, Steven menegaskan, kisah Mohd Hilmi menjadi bukti bahawa dengan sokongan dan usaha berterusan, golongan yang pernah tersisih mampu bangkit dengan bermaruah.

"Mereka tidak meminta-minta, tidak merungut. Mereka usaha, kerja keras dan jaga anak-anak dengan penuh kasih sayang.

"Saya bangga dengan mereka," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Keluarga Mohd Hilmi Nordin yang pernah tinggal dalam kereta kerana penipuan kini berjaya hidup baharu
  • Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, pernah membantu keluarga tersebut dan kongsi perkembangan positif mereka
  • Mohd Hilmi kini bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji lebih RM5,000
  • Dengan bantuan initial daripada Steven Sim, keluarga tersebut kini memiliki rumah dan kehidupan yang lebih baik
  • Kisah ini menunjukkan golongan yang pernah tersisih dapat bangkit semula dengan usaha dan sokongan yang tepat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!