Timbalan Menteri lawat syarikat usahawan bimbingan FAMA

Ahmad diberi penerangan berkenaan biji bunga roselle sebelum melalui proses penggredan bagi tujuan eksport.
Ahmad diberi penerangan berkenaan biji bunga roselle sebelum melalui proses penggredan bagi tujuan eksport.
A
A
A

BATU PAHAT - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah melawat Azhar Food Supplier Sdn Bhd di Jalan Pontian, Rengit dekat sini hari ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira satu jam melihat produk yang dihasilkan Azhar Food Supplier selain turut diberikan taklimat ringkas.

Azhar Food Supplier merupakan salah satu usahawan yang berjaya di bawah bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Pelbagai jenis kerepek dihasilkan dan antara yang popular kerepek ubi, kerepek ubi pedas basah dan kering, kerepek pisang salai goreng, kerepek tempe sagu serta kerepek ubi perisa tomato.
Pelbagai jenis kerepek dihasilkan dan antara yang popular kerepek ubi, kerepek ubi pedas basah dan kering, kerepek pisang salai goreng, kerepek tempe sagu serta kerepek ubi perisa tomato.

Syarikat berkenaan merupakan pengeluar, pengimport dan pemborong makanan ringan selain menjadi pusat pengumpulan produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini dan seluruh Johor.

Turut menjual pelbagai jenis kerepek, asam, kacang, kuih raya dan pelbagai jenis makanan ringan pada harga borong.

Antara produk mereka yang popular seperti kerepek ubi, kerepek ubi pedas basah dan kering, kerepek pisang salai goreng, keropok tortilla, kerepek tempe sagu, kerepek ubi perisa tomato serta kuih cincin Sabah.

14
14

Artikel Berkaitan:

Terdapat dua cawangan Azhar Food Supplier iaitu di Rengit dan satu lagi di Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Selepas melawat Azhar Food Supplier, Ahmad melawat Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit di sini.

Ahmad dan kakitangan FAMA merakam kenangan semasa melawat Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit, di Rengit, Batu Pahat, hari ini.
Ahmad dan kakitangan FAMA merakam kenangan semasa melawat Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit, di Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau dibawa melihat Kilang Pemprosesan Roselle dan Produk-produk Agromas seperti seri kaya madu, Ready to drink (RTD) durian belanda, limau kasturi dan roselle, kordial roselle, jem belimbing, nanas dan roselle.

Ahmad turut diberi pendedahan berkaitan aktiviti mendekor bunga roselle (membuang biji) untuk penggredan bunga roselle bagi tujuan eksport.