Boleh bayar zakat menerusi Shopee

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam kini boleh membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi Shopee apabila platform e-dagang tersebut dilantik sebagai ejen kutipan terkini LZS bagi memudahkan bayaran zakat secara dalam talian.

Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna Shopee boleh menunaikan pembayaran zakat harta serta fitrah tanpa had kepada LZS pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan pantas bermula 18 Disember ini.

Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan.

Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.