Polis Johor lancar operasi bersepadu susulan kes Covid-19 tinggi

Ayob Khan meninjau operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP yang melibatkan polis, MBJB dan MBIP di Kipmall Tampoi, Johor Bahru, hari ini.
Ayob Khan meninjau operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP yang melibatkan polis, MBJB dan MBIP di Kipmall Tampoi, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor melancarkan operasi bersepadu pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), hari ini.

Operasi sehari dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang itu untuk memantau tahap kepatuhan orang ramai terhadap SOP yang ditetapkan bagi menangani penularan pandemik Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu melibatkan 61 lokasi tumpuan antaranya premis perniagaan, kedai makan dan tempat awam untuk memastikan pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1888 (Akta 342).

"Operasi ini membabitkan 151 anggota dan pegawai polis termasuk pasukan sukarelawan polis serta anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Operasi bersepadu ini dijalankan ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri ini melibatkan 2,362 kes sehingga semalam.

Ayob Khan meninjau operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP yang melibatkan polis, MBJB dan MBIP di Kipmall Tampoi, Johor Bahru, hari ini.
Ayob Khan meninjau operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP yang melibatkan polis, MBJB dan MBIP di Kipmall Tampoi, Johor Bahru, hari ini.

"Kerajaan memandang serius penularan wabak ini. Justeru, operasi bersepadu pemantauan pematuhan SOP Covid-19 dijalankan hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Katanya, tujuan operasi itu untuk memastikan orang awam terus memakai pelitup muka serta melaksanakan penjarakkan fizikal dan bagi pemilik premis menyediakan peralatan saringan suhu yang berfungsi dan menggunakan aplikasi My Sejahtera.

Katanya, sekiranya ingkar mereka akan dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 Akta berkenaan.

Artikel Berkaitan: