X

Kindly register in order to view this article
!

Fatwa vaksin Covid-19: Kerajaan tunggu perkenan Agong

Zulkifli menyampaikan bantuan kepada penghantar makanan di lobi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja berhubung fatwa penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja minggu lalu.

"Kita ikut tertib (proses) dan selepas dapat perkenan serta persetujuan, kerajaan akan uar-uarkan fatwa berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penghantar makanan (food rider) di lobi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini hari ini.

Pada 3 Disember lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang bagi membincangkan isu berkenaan sebelum dipersembahkan kepada Agong dan Majlis Raja-raja.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam diumum esok

Muzakarah Fatwa Kebangsaan perhalusi vaksin Covid-19

Pada majlis itu, Zulkifli turut melancarkan bilik gerakan bencana banjir Yadim yang dibuka bagi membantu mangsa yang terjejas.

Dalam ucapannya, Zulkifli meminta Yadim mengemukakan permohonan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendapatkan peruntukan RM500,000 untuk bantuan kepada mangsa banjir.

"Tempat penginapan banjir perlu ada penjarakan fizikal dan batas aurat serta diberi telekung dan kain pelikat bagi memudahkan mangsa menunaikan solat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!