MAEPS diaktifkan semula sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19

KKM membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PRRC) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). - Gambar fail Bernama
KKM membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PRRC) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). - Gambar fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) diaktifkan kembali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) namun hanya untuk merawat pesakit bukan warganegara, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan membuka semula MAEPS sebagai PKRC MAEPS 2.0 itu dibuat berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 serta pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

MAEPS pertama kali diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai lepas.

“Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit Covid-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan akan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara.

“Pengaktifan ini turut melibatkan pemindahan pesakit Covid-19 bukan warganegara dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Sungai Buloh ke MAEPS,” katanya pada sidang akhbar perkembangan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sebelum ini, PKRC MAEPS 1.0 berjaya merawat 1,362 pesakit dengan 86 peratus daripadanya bukan warganegara dan baki merupakan rakyat tempatan.

Ismail Sabri berkata, memandangkan PKRC MAEPS 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam jumlah yang besar, aspek keselamatan akan dipertingkatkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Bernama

Artikel Berkaitan: