Enam maut ujian percubaan vaksin Pfizer/BioNTech

Vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer/BioNTech.
Vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer/BioNTech.
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendedahkan enam orang meninggal dunia dalam fasa percubaan vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer/BioNTech.

Kematian itu direkodkan hanya beberapa jam selepas Britain menjadi negara pertama dunia menggunakan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, FDA menjelaskan kes kematian itu tidak menimbulkan isu keselamatan atau persoalan baharu mengenai keberkesanan vaksin kerana ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Dalam laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan hari ini, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah Covid-19.

Dokumen itu mendedahkan dua mangsa meninggal dunia ketika tempoh percubaan vaksin, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.

Menurut laporan sama, vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas dos pertama.

Laporan itu merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan (EUA).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun data itu masih tidak mencukupi untuk merumuskan sejauh mana vaksin itu selamat untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun, wanita hamil dan individu yang mempunyai gangguan sistem imun.

Hujung minggu ini, panel saintis bebas akan menilai laporan FDA sebelum mengesyorkan sama ada mereka yang berusia 16 tahun ke atas disyorkan menerima vaksin terbabit. - Agensi