Gaza akan laksana perintah berkurung pada hujung minggu

Seorang kanak-kanak Palestin menjalani ujian swab di bandar Gaza.
Seorang kanak-kanak Palestin menjalani ujian swab di bandar Gaza.
A
A
A

GAZA - Pihak berkuasa Semenanjung Gaza akan melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu berikutan peningkatan kes Covid-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Eyad al-Bozom pada sidang akhbar berkata perintah berkurung akan berkuat kuasa pada petang Khamis dan tamat Ahad pagi.

"Lalu lintas (antara wilayah) akan dilarang, dan semua kemudahan perkhidmatan, termasuk kedai roti dan kenderaan air minuman, tidak dibenarkan beroperasi.

"Nelayan juga tidak dibenarkan ke laut. Polis dan perkhidmatan keselamatan akan menguatkuasakan peraturan penutupan dan perintah berkurung," katanya.

Semenanjung Gaza menyaksikan peningkatan berterusan kes jangkitan Covid-19 beberapa minggu terakhir. Pihak berkuasa wilayah minggu lalu memperkenalkan langkah-langkah lebih ketat untuk memerangi Covid-19 ini, termasuk penutupan universiti, sekolah dan masjid serta larangan aktiviti perhimpunan. - Bernama

Artikel Berkaitan: