X

Kindly register in order to view this article
!

Pelan hari terakhir Trump

Trump (kanan) masih enggan menerima kekalahannya hingga kini. - Foto Agensi
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah penggantinya, Joe Biden malah bilionair hartanah terbabit dikatakan merancang untuk mengadakan perhimpunan di Florida pada 20 Januari depan.

Pelan itu menerima reaksi kurang senang Demokrat walaupun empat bekas Presiden AS termasuk Presiden ke-37 AS, Richard Nixon pernah berbuat demikian ketika Gerald Ford mengangkat sumpah jawatan Presiden pada 1974.

Laman berita seperti NBC News dan Axios melaporkan Trump juga merancang untuk meninggalkan Rumah Putih dengan menaiki helikopter presiden, Marina One dan kemudiannya terbang ke Florida dengan Air Force One.

“Rancangan Trump itu akan menyaksikan momen dua acara berbeza yang dipaparkan secara serentak. Trump mungkin juga akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden AS 2024,” lapor Axios kelmarin.

Jurucakap Rumah Putih, Judd Deere bagaimanapun menolak laporan terbabit.

“Apabila Presiden mempunyai pengumuman tentang rancangannya pada 20 Januari nanti, beliau akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Biden yang bakal dilantik sebagai Presiden ke-47 AS kini semakin hampir untuk diisytiharkan sebagai pemenang selepas tarikh akhir untuk negeri-negeri mengesahkan senarai pemilih mereka kepada Badan Perwakilan Pemilih berakhir hari ini.

Sebelum ini, kesemua negeri yang pernah menjadi kubu kuat Republikan dan kini bertukar tangan kepada Demokrat telah mengesahkan keputusan yang membawa kepada kemenangan Biden.

Difahamkan, hanya Colorado dan Hawaii masih melakukan kiraan undi yang berpihak kepada Biden, namun ia tidak akan mengubah keputusan.

Menurut Undang-undang Persekutuan, Kongres perlu menganggap keputusan itu sebagai konklusif jika setiap negeri telah melantik pemilih dan kesemua proses litigasi selesai pada tarikh ditetapkan. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!