X

Kindly register in order to view this article
!

RCI Tabung Haji: Aspek perundangan, kaedah pelaksanaan sedang diteliti

Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) khususnya dari aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan supaya mencapai matlamat penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, cadangan penubuhan RCI itu telah dibincangkan pada mesyuarat jemaah menteri pada 18 Ogos lepas.

Menurutnya, kerajaan amat memahami perlunya satu badan bebas dan berautoriti dalam meneliti dan menilai segala transaksi yang dilakukan TH.

"Segala yang dilakukan kerajaan adalah dengan niat suci untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima semua pihak serta paling penting untuk memastikan segala urus tadbir TH menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam di negara ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan timbang tubuh RCI Tabung Haji

Tubuh RCI bagi tamatkan kemelut Tabung Haji

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai langkah yang telah diambil kerajaan bagi mewujudkan suruhanjaya siasatan berkenaan.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Abdul Azeez mengenai sama ada TH Plantations Bhd (THP) telah menjual ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak pada nilai yang lebih rendah, Zulkifli berkata, setakat ini, THP belum lagi membuat sebarang pengumuman awam berkenaan transaksi berkenaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!