Op Samseng Jalanan: Remaja positif dadah ditahan

Pemeriksaan yang dilakukan semalam.
Pemeriksaan yang dilakukan semalam.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun antara dua individu yang ditangkap dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pantai Kuala Kurau, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, remaja terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian air kencing yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Remaja tersebut ditahan bersama seorang lelaki berusia 27 tahun yang turut positif morfin.

"Kedua-dua mereka ditahan oleh AADK untuk tindakan selanjutnya," katanya.

No Image Caption

Menurutnya, pihaknya telah mengeluarkan 99 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh empat jam itu.

"Sejumlah 90 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal sahaja.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan, tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai cermin sisi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Omar Bakhtiar berkata, operasi yang bermula pada jam 5 petang itu disertai 51 pegawai dan anggota termasuk lapan pegawai AADK.

"Mereka telah menjalankan pemeriksaan terhadap 120 kenderaan dan 130 orang.

"Sebanyak 95 motosikal telah diperiksa, lori (5) dan masing-masing 10 bagi kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV)," katanya.