Mujur terserempak polis!

Video tular yang memaparkan dua anggota polis cuba meleraikan pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di Persiaran Molek, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.
Video tular yang memaparkan dua anggota polis cuba meleraikan pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di Persiaran Molek, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang sedang melarikan diri ketika dikejar dua buah kereta terselamat selepas terserempak dengan polis dalam kejadian di Persiaran Molek, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, pada jam 4.30 petang, lelaki yang memandu kereta Naza Kia menahan dua anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

"Kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan dan anggota URB segera memberhentikan motosikal untuk memberi bantuan. Tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Saga putih menghalang kereta mangsa.

"Pada masa yang sama datang sebuah lagi kereta Viva. Sekumpulan lelaki keluar dari kedua-dua kenderaan tersebut dan cuba menyerang mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video yang memaparkan beberapa lelaki keluar dari kereta dan menjerit ke arah mangsa sebelum anggota polis menghalang mereka tular di media sosial

Katanya, anggota URB berjaya menghalang dan meleraikan pergaduhan dan mangsa selamat manakala seorang suspek ditahan.

Mangsa dan suspek katanya, dibawa ke Balai Polis Taman Johor Jaya untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, usaha mengesan suspek lain sedang dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: