Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal, Exco

Kenyataan Abd Rahim mengenai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Kenyataan Abd Rahim mengenai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Perak sejak 12 Mei 2018.

Dalam satu kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Toh Raja Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor memaklumkan Sultan Nazrin menerima menghadap Ahmad Faizal pada jam 3 petang, di Istana Kinta di sini semalam.

Beliau berkata, Ahmad Faizal menyembahkan watikah memaklumkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak terjejas secara langsung berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara XII, dan perenggan (a) Fasal (2) perkara XVI (6), Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan susulan kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya semasa berlangsungnya Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri yang bersidang pada 4 Disember 2020,

"Beliau mempersembahkan hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Permohonan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang dipersembahkan melalui warkah bertarikh 5 Disember 2020, mendapat perkenan baginda.

"Duli Yang Maha Mulia menzahirkan titah terima kasih kepada Ahmad Faizal yang telah melaksanakan tugas Menteri Besar sejak 12 Mei 2018 selepas mendapat perkenan baginda dua kali mengangkat sumpah jawatan, kali pertama pada 12 Mei 2018, dan kali kedua pada 13 Mac 2020," katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Dalam pada itu, Abd Rahim berkata, baginda turut menzahirkan titah terima kasih kepada semua ahli Exco Kerajaan Negeri yang berkhidmat sepanjang berada di dalam kerajaan.

Semalam, Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak selepas hilang majoriti sokongan ADUN di DUN Perak.

Pada sidang akhbar di Laman Seri Ridzuan di sini, beliau turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri dan kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak gugur secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN:Saya terima dengan reda: MB Perak

Sultan Nazrin terima menghadap MB, Speaker Perak

Artikel Berkaitan: