X

Kindly register in order to view this article
!

Saya terima dengan reda: MB Perak

Ahmad Faizal ketika berucap dalam Sidang DUN Perak, sebentar tadi.
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] "Saya terima keputusan ini dengan penuh reda," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas usul undi percaya terhadapnya ditolak majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika Sidang DUN Perak hari ini.

Menurutnya, memandangkan masalah dalam kalangan rakyat yang sedang berdepan pandemik Covid-19, beliau tidak berhasrat untuk memanjang masalah politik ini daripada berterusan.

Beliau memberi jaminan agar transisi kerajaan baharu akan berjalan dengan penuh berhemah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang bersama saya di dalam kerajaan.

"Begitu juga ahli-ahli Exco kerajaan Perak sedia ada yang membantu saya," katanya ketika menyampaikan ucapan di dalam DUN Perak selepas undi percaya ke atas beliau gagal mendapat majoriti.

Terdahulu, undi percaya terhadap Menteri Besar Perak itu dibuat secara belah bahagi yang menyaksikan 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim dan dibenarkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid untuk dibentang serta dibahaskan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!