Mansuh UPSR dapat kurangkan beban guru dan murid

Gambar kecil: Mohd Azizee Hasan
Gambar kecil: Mohd Azizee Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat dapat mengurangkan tekanan kepada murid sekali gus dapat melihat perkembangan mereka secara lebih holistik dan tidak kepada aspek kognitif semata-mata.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan peperiksaan tersebut.

Menurutnya, pemansuhan itu akan menghilangkan trauma dan persepsi ibu bapa untuk mengukur kemenjadian anak-anak mereka berdasarkan orientasi peperiksaan semata-mata.

“Sebaliknya mereka perlu melihat setiap anak (murid) ada kelebihan dan potensi tersendiri jika dibangunkan dengan betul serta terancang akan melahirkan insan yang menyumbang besar kepada masyarakat suatu hari nanti,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: UPSR mungkin dimansuhkan

Mohd Azizee berkata, bebanan guru-guru untuk memastikan murid-murid memperoleh A dalam peperiksaan UPSR juga dapat dikurangkan, sebaliknya guru dapat mendidik serta mengembangkan bakat dan potensi murid secara holistik.

“Perubahan ini diharap tidak menjadikan murid-murid semakin malas disebabkan tiada persaingan untuk mengejar berapa A, tetapi menyubur potensi dan bakat murid yang memiliki kepelbagaian kecerdasan.

“Pada masa sama, i-Guru berharap KPM menambah baik kaedah pentaksiran sedia ada untuk kemasukan ke sekolah pilihan seperti SBP, SMKA dan MRSM supaya meningkatkan peratusan murid dalam bidang sains dan teknologi (STEM),” katanya.

Artikel Berkaitan: