X

Kindly register in order to view this article
!

31 individu termasuk 16 remaja sertai parti ditahan

Seramai 31 termasuk 16 remaja ditahan kerana menyertai parti persendirian di sebuah kondominium di Jalan Changkat Thambi Dollah, dekat ibu kota semalam.Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 31 orang termasuk 16 remaja kerana menyertai parti persendirian di sebuah kondominium di Jalan Changkat Thambi Dollah, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi itu, polis mendapati mereka sedang berehat di kediaman tersebut yang dijadikan tempat penganjuran majlis sambutan hari lahir.

Menurutnya, mereka yang ditahan di kediaman yang disewa RM250 semalam itu terdiri daripada 18 lelaki dan 13 wanita yang berusia antara 14 dan 20 tahun.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka mendapati 15 daripadanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Zainal berkata, 16 remaja yang ditahan itu terdiri daripada lapan pelajar sekolah menengah, dua pelajar kolej dan enam tidak bersekolah.

Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!