X

Kindly register in order to view this article
!

Pemimpin PH kunci mulut

(Dari kiri) Asmuni, Nga Kor Ming dan Farhash Wafa ketika menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh hari ini.
A
A

IPOH - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak bertindak kunci mulut sebaik selesai pertemuan dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pagi tadi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi hanya melambai ke arah pemberita yang menunggu di pekarangan luar istana sebelum beredar menggunakan kenderaan masing-masing.

Usaha Sinar Harian mendapatkan butiran lanjut pertemuan tersebut menerusi panggilan telefon dan mesej juga tidak mendapat maklum balas.

Kenderaan membawa ketiga-tiga parti itu tiba pada jam 10.40 pagi sebelum dilihat meninggalkan istana pada jam 11.35 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Perak terima menghadap tiga pemimpin PH

Saarani tunjuk tanda bagus selepas menghadap Sultan Perak

Terdahulu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap tiga pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) Perak masing-masing daripada DAP, PKR dan Amanah.

Selain menyembah maklum pandangan, pemimpin parti itu turut menyatakan pendirian yang dipegang serta usaha dilakukan ketika ini bagi membentuk kerajaan yang cukup majoriti.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

MB Perak harap krisis tak berlarutan ke Pusat

'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

Ahmad Faizal akan menghadap Sultan Perak

[EKSKLUSIF] UMNO bentuk kerajaan dengan Amanah jika...


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!