PN tidak bertanding PRN Sarawak

KUCHING - Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, keputusan itu diambil sebagai tanda menghormati hak rakyat Sarawak untuk menentukan kepimpinan serta hala tuju negeri mereka sendiri.
"Saya berharap proses pilihan raya berjalan lancar dan seluruh rakyat Sarawak dapat menunaikan tanggungjawab memilih dengan aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, walaupun tidak bertanding, PN akan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak dan membawanya ke peringkat Persekutuan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak manakala pengundian awal pada 8 Disember dan penamaan calon berlangsung esok.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

