MB Perak harap krisis tak berlarutan ke Pusat

Ahmad Faizal ditemani isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.
Ahmad Faizal ditemani isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Krisis politik dan pentadbiran yang berlaku di Perak diharap tidak menjejaskan hubungan baik kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Pusat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua pemimpin perlu berlapang dada dan menerima keputusan undi percaya yang diputuskan dalam Persidangan Dewan Negeri hari ini dengan hati terbuka agar kemelut itu tidak berlarutan hingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama UMNO dan Pas.

"Kerajaan PN adalah kerajaan yang baik diterima rakyat dan momentum itu perlu dikekalkan.

"Sebelum ini pun segala urusan pentadbiran Perak berjalan baik, tetapi mungkinlah ada dalam kalangan kami ini merasakan mereka lebih layak menduduki kerusi menteri besar.

"Sebagai pemimpin Bersatu, saya akan beri peluang kepada menteri besar baharu untuk menjalankan tanggungjawab beliau.

"Berilah kerjasama kepada kerajaan baharu ini supaya masalah ini tidak berjangkit sehingga ke Pusat," katanya.

Timbalan Presiden Bersatu itu tidak mahu melihat krisis yang berlaku dari sudut peribadi atau kepentingan sendiri.

"Jika saya berlapang dada, saya kira orang lain juga boleh menerima keadaan ini.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin saya boleh bagi contoh kepada pemimpin lain bahawa apa sahaja yang kita lakukan ia bukanlah semata-mata mengenai diri kita, tetapi tentang orang yang nak kita beri perkhidmatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[EKSKLUSIF] ADUN UMNO antara 10 wakil rakyat sokong Peja?

Saya terima dengan reda: MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Terdahulu, undi percaya terhadap Menteri Besar Perak itu dibuat secara belah bahagi yang menyaksikan 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim dan dibenarkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid untuk dibentang serta dibahaskan pada Persidangan Dewan Negeri hari ini

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, ramai lagi wakil rakyat yang menyokong undi percaya terhadap beliau, namun terpaksa akur dengan kehendak parti masing-masing.

"Saya bermula dengan 1 kerusi dan hari ini ada 10 ADUN bersama saya, tetapi sebenarnya banyak lagi, cuma mereka ikut keputusan parti.

"Ramai yang bertemu dengan saya dan mereka menyatakan tidak gembira dengan apa yang berlaku, tetapi benda dah berlalu," katanya.