Tiada lagi gangguan ketukan pintu misteri

Antara laporan Sinar Harian mengenai insiden ketukan misteri yang menghantui penduduk di Sabak Bernam.
Antara laporan Sinar Harian mengenai insiden ketukan misteri yang menghantui penduduk di Sabak Bernam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penduduk di Taman Air Manis di sini tidak lagi diganggu ketukan pintu tanpa salam sejak seminggu lalu.

Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, penduduk tidak lagi diselubungi misteri ketukan itu selepas pihaknya mengambil beberapa pendekatan kerohanian bagi mengurangkan kegelisahan dihadapi penduduk.

Menurutnya, antara pendekatan diambil termasuk menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin di surau taman terbabit.

"Kita juga menasihatkan semua penduduk beragama Islam di taman ini mengerjakan solat hajat dan bacaan Yasin di rumah masing-masing memandangkan tidak semua boleh datang ke surau disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Zulkifli berkata, selain aktiviti kerohanian, pihaknya terus meningkatkan pemantauan dan rondaan pada waktu malam hingga awal pagi di kawasan taman perumahan itu.

"Malah, kami amat berterima kasih kepada pihak polis yang menjalankan rondaan di taman perumahan ini selepas beberapa kejadian penduduk diganggu dengan bunyi ketukan misteri tanpa salam," katanya.

Katanya, sebanyak 11 kes gangguan bunyi ketukan pintu salam dilaporkan di taman itu sejak ia mula tular pada 18 November lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penduduk di beberapa kampung termasuk taman perumahan di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.

Artikel Berkaitan:

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah, Kampung Parit Baru, Tebuk Pulai dan Kampung Banting.

Beberapa taman perumahan turut diganggu antaranya Taman Air Manis, Taman Padu Permai, Kampung Nelayan dan Taman Yu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ketukan pintu hantui penduduk

Gangguan ketukan pintu makin 'mengganas'

Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah pula diganggu ketukan misteri

Polis panggil mangsa ketukan misteri beri keterangan

'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'