Gangguan ketukan pintu makin 'mengganas'

Ahmad menunjukkan pintu bilik air rumahnya diketuk dengan bunyi misteri kira-kira 10 minit malam kelmarin.
Ahmad menunjukkan pintu bilik air rumahnya diketuk dengan bunyi misteri kira-kira 10 minit malam kelmarin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah keluarga di Kampung Parit Baru di sini mendakwa diganggu dua hari berturut-turut dengan bunyi ketukan misteri tanpa salam.

Norziani Mohamed, 37, berkata, kejadian ketukan misteri kali kedua itu berlaku di bilik air luar rumahnya kira-kira jam 11.10 malam semalam.

"Bunyi ketukan kali ini terlalu kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan tergesa-gesa," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Norziani berkata, ketukan kuat itu berlaku selama kira-kira 10 minit ketika dia dan suaminya, Ahmad Munawar, 41, serta seorang anaknya berusia sembilan tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Kejadian ini memang menyeramkan dan kami risau jika situasi sama berlaku malam tadi," katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.30 malam pada Isnin lalu, mereka sekeluarga turut diganggu bunyi ketukan di bahagian pintu dapur rumah.

"Kami ingatkan kejadian malam kelmarin (Isnin lalu) sudah berakhir, tetapi tak sangka pula kami diganggu kali kedua malam tadi.

"Kami perasan gangguan berlaku di tempat gelap kerana kedua-kedua kejadian berlaku apabila lampu tidak dipasang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ketukan salam turut mengganggu seorang guru bersama dua anaknya di Taman Padu Permai di sini malam semalam.

Alisa Ahmad, 29, berkata, kejadian jam 10 malam itu pada mulanya disedari anak sulungnya berusia sembilan tahun.

"Semasa kejadian saya menemani seorang anak di tandas sebelum anak sulung memberitahu terdengar bunyi ketukan kuat di pintu.

"Saya kemudian terus ke ruang tamu rumah dan terdengar bunyi ketukan pada pintu depan rumah," katanya.

Katanya, walaupun dalam keadaan ketakutan dia sempat mengintai di tingkap, namun tiada kelibat sesiapa di luar rumah.

Sementara itu, Pengerusi Taman Padu Permai, Muhammad Ali Manjok berkata, kejadian itu merupakan kali kedua kawasan taman perumahan itu diganggu dengan bunyi ketukan misteri.

Katanya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa penduduk termasuk merancang melakukan rondaan pada waktu malam.

"Kita akan berbincang dengan lebih lanjut dengan jawatankuasa penduduk taman memandangkan kejadian memasuki hari keenam ini berlaku sebanyak dua kali di taman ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ketukan pintu hantui penduduk

Misteri ketukan pintu didakwa sudah sampai Kuala Selangor

Polis beri amaran tindakan tegas pihak cuba takutkan penduduk

Dengar jeriji pintu digegar, objek dilempar ke dinding rumah

'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'